RESIS



Resis ialah teknik menghasilkan lukisan atau reka corak dengan menggunakan bahan-bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain seperti cat air dan cat minyak, cat air dan lilin dan sebagainya yang boleh dikatakan sebagai proses penolakan warna. Teknik ini dapat dilihat dengan jelas dalam proses penghasilan batik lukis atau batik canting

KOLAJ



Kolaj yang paling mudah. Sesuai untuk murid2 tahun satu. Guru boleh meminta murid untuk melukis gambar yang mudah ataupun guru boleh menyediakan kertas yang siap dilukis gambar. Murid hanya perlu mengoyak kertas warna dan menampal.

ASAS SENI REKA

CONTOH FORMAT RANCANGAN PELAJARAN HARIAN KSSR

CONTOH RANCANGAN PELAJARAN HARIAN : PENDIDIKAN SENI VISUAL – Dunia Seni Visual (Tahun 1)

Mata Pelajaran dan Kelas
: Dunia Seni Visual (1 Cerdas)
Bidang : Menggambar : Lukisan
Tema dan Tajuk : Alam Benda : Rumah
Masa : 60 minit
Standard Pembelajaran : 1.1 Persepsi Estetik
1.1.1 Unsur Seni
1.1.1.1, 1.1.1.2, 1.1.1.3
1.1.2 Prinsip Rekaan
1.1.2.1
1.2 Aplikasi Seni
1.2.1 Media
1.3 Ekspresi Kreatif
1.3.1, 1.3.2
1.4 Apresiasi Seni
1.4.1, 1.4.2, 1.4.3
Objektif Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran murid dapat:
1. Memahami dan menggunakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam lukisan.
2. Menghasilkan lukisan yang baik dan menarik menggunakan media yang betul.
3. Membuat apresiasi berpandukan bahasa seni visual yang telah dipelajari.
Aktiviti P&P : 1. Murid membuat penerokaan jenis-jenis garisan menggunakan media yang ditetapkan.
2. Murid menghasilkan lukisan menggunakan garisan selari dan melengkung.
3. Murid mempamerkan karya seni yang dihasilkan dan menceritakan pengalaman mereka ketika melakukan aktiviti.
EMK : Kreativiti, keusahawanan, nilai murni
Bahan Bantu Mengajar : 1. Contoh : garisan, rupa, lukisan (garisan), dan gambar rumah
2. Media : Kertas lukisan, pensel warna, pensel HB, dan pensel 2B
Penilaian P&P : 1. Proses kerja semasa membuat penerokaan dan penghasilan lukisan
Refleksi : Pada akhir pembelajaran:
1. 40 daripada 45 orang murid dapat mengenal dan menggunakan bahasa seni visual dalam lukisan yang dihasilkan dengan menggunakan media yang ditetapkan.
2. 40 daripada 45 orang murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual yang dipelajari.
3. Bagi murid yang tidak mencapai objektif, bimbingan khas akan diberi dalam sesi pembelajaran yang akan datang.

CONTOH FORMAT RANCANGAN PELAJARAN HARIAN PSV KSSR

1. Mata pelajaran dan Kelas
2. Tema / tajuk
3. Masa
4. Standard pembelajaran (Kod sahaja)
5. Objektif pembelajaran
6. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
7. Elemen Merentas Kurikulum (EMK)
Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan TMK merupakan EMK yang diberi penekanan dalam KSSR. EMK sedia ada seperti Bahasa, Sains dan Teknologi, Pendidikan Alam Sekitar, Nilai Murni dan Patriotisme masih boleh diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran.
8. Bahan Bantu Belajar
9. Penilaian pengajaran dan pembelajaran
10. Refleksi :
i. Nyatakan bilangan murid yang mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran
ii. Tindakan susulan (pemulihan, pengukuhan dan pengayaan)

4 Bidang PSV KBSR

Kandungan Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun dalam empat bidang kegiatan iaitu:
1. Menggambar
2. Membuat Corak dan Rekaan
3. Membentuk dan Membuat Binaan
4. Mengenal Kraf Tradisional
Setiap bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual serta menghargai nilai baik. Pengajaran akan dilakukan secara bersepadu.



1. MenggambarBidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi. Antara kegiatan dalam bidang ini ialah:
1.1 Lukisan
1.2 Catan
1.3 Kolaj
1.4 Montaj
1.5 Cetakan
1.6 Resis
1.7 Gosokan
1.8 Stensilan
1.9 Percikan
1.10 Gurisan
1.11 Capan
1.12 Mozek
1.13 Poster
Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri. Kegiatan menggambar merangkumi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat, bahan dan kegunaannya. Kegiatan menggambar akan memperkenalkan pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan. Kesedaran melalui pemerhatian alam persekitaran menjadi fokus kegiatan menggambar. Kegiatan ini dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya. Ini akan membolehkan murid menyelaras apa yang dilihat dan dialami dengan apa yang dilakukan melalui gubahan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.

2. Membuat Corak dan RekaanBidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya.
Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Antaranya melalui kegiatan seperti:
2.1 Corak tidak terancang secara:
2.1.1 Pualaman
2.1.2 Tiupan
2.1.3 Titisan
2.1.4 Ikatan dan celupan
2.1.5 Renjisan dan percikan

2.2 Corak terancang secara:
2.2.1 Lukisan
2.2.2 Catan
2.2.3 Cetakan
2.2.4 Capan
2.2.5 Lipatan dan guntingan
2.2.6 Resis
2.2.7 Kolaj
2.2.8 Kaligrafi
Bidang ini membolehkan murid mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan kehidupan seharian. Bahagian ini menegaskan kegiatan mengenal motif dan olahannya untuk menghasilkan rekaan corak tertentu. Kegiatan ini memberi peluang kepada murid membuat rekaan corak tidak terancang, corak terancang dan juga corak tradisional dengan teknik tertentu. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pergerakan, peragaan dan lakonan.

3. Membentuk dan Membuat BinaanBidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut murid dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membina sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan, semasa menjalankan proses penghasilan seni. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi aktiviti seperti:
3.1 Arca timbul
3.2 Asemblaj
3.3 Mobail
3.4 Stabail
3.5 Model
3.6 Diorama
3.7 Boneka
3.8 Topeng
3.9 Origami

Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada murid membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.

4. Mengenal Kraf Tradisional
Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun-temurun. Di sekolah rendah, murid diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti:
4.1 Alat domestik
4.2 Alat permainan
4.3 Alat pertahanan diri
4.4 Perhiasan diri (ornamen)
4.5 Batik
4.6 Tekat
4.7 Ukiran
4.8 Tenunan
4.9 Anyaman
4.10 Tembikar
Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya tanah air. Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan teknik membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran yang merangkumi pengenalan, proses pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang kraf yang dinyatakan. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.

SELAMAT MENGENDALIKAN BLOG BUAT SEMUA RAKAN-RAKAN PPG (PJJ)